Tentang LEAD

Sejarah LEAD Malaysia

LEAD ditubuhkan pada bulan Januari 2014, sejurus selepas Pengarah Eksekutif LEAD kembali daripada Latihan Start Up Think Tank yang dianjurkan oleh Asia Center for Enterprise (ACE) di New Delhi, India. Kemudian, LEAD telah menjadi salah satu rakan kongsi kepada Atlas Network, sebuah rangkaian pemikir pasaran bebas global yang berpusat di Washington D. C., Amerika Syarikat.

Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) ialah sebuah badan pemikir yang ditubuhkan sejak 2015 untuk mempromosi alternatif penyelesaian dasar dan amalan kenegaraan berasaskan sistem pasaran. Sistem pasaran yang dimaksudkan ialah berteraskan prinsip-prinsip berikut:

Ketinggian perlembagaan dan undang-undang

Urustadbir kerajaan yang terbuka dan cekap

Kuasa ekonomi kepada orang ramai

Imbangan kebebasan dan tanggungjawab individu

Tema yang didukung oleh LEAD

Demokrasi

Kelestarian

Perpaduan nasional

Logo Baru LEAD

Logo terkini Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) menggunakan tiga warna utama: biru, kuning dan merah yang masing-masing melambangkan perpaduan, keberanian dan kesatuan.