Tentang LEAD

Tentang LEAD Malaysia

Institute for Leadership and Development Studies (LEAD) ialah sebuah badan pemikir yang ditubuhkan sejak 2015 untuk mempromosi alternatif penyelesaian dasar dan amalan kenegaraan berasaskan sistem pasaran. Sistem pasaran yang dimaksudkan ialah berteraskan prinsip-prinsip berikut:

Ahli Lembaga Pengarah

YB Amin Ahmad

Beliau pernah bekerja di sektor awam, swasta dan badan bukan kerajaan antaranya sebagai Pegawai Komunikasi kepada YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Penyelaras Projek Kajian Islam dan Demokrasi di Malaysia bersama Merdeka Center for Opinion Research dan Pengurus Projek dan Operasi di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Dengan terasasnya Institute for Leadership and Development Studies (LEAD), beliau kini menjadi Pengarah Pengasas dan kekal bersama IDEAS sebagai Pengasas Bersekutu (Founding Associate). Beliau juga pernah menjadi Penyelaras Perkaderan dan Latihan Pemerhati Pilihan Raya Umum Malaysia dan menjadi calon pilihan raya untuk Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Amin Ahmad merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Perhutanan dari Universiti Putra Malaysia. Minat beliau terhadap isu-isu dasar awam bermula apabila negara berdepan dengan krisis ekonomi-politik pada tahun 1998. Beliau kemudian diangkat menjadi pemimpin pelajar di pelbagai peringkat di universiti. Sejak itu beliau banyak terlibat dalam pelbagai program kepimpinan muda di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa antaranya di Amerika Syarikat, Jerman, India, Hong Kong, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

Amin telah menghasilkan dua buah buku – Ekonomi Pasaran Sosial: Alternatif untuk Malaysia? (2010) dan Pemanasan Global dan Perubahan Iklim (2011) serta menterjemahkan tujuh buah buku antaranya What is Seen and What is Not Seen oleh Frederic Bastiat (2012) dan Economis in One Lesson oleh Henry Hazlitt (2013), selain koleksi artikel jurnal Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim dalam bidang sejarah Malaysia. Puluhan tulisan beliau berkaitan politik, ekonomi dan alam sekitar telah diterbitkan di pelbagai media cetak dan atas talian sejak tahun 2008.

Sejak tahun 2010, beliau telah muncul di pelbagai rancangan bual bicara di saluran 1 Rancangan Televisyen Malaysia (RTM), Astro Awani 501 dan Bernama TV untuk membincangkan pelbagai persoalan politik, ekonomi dan sosial.

Clement O.

Clement O. memegang dua ijazah: undang-undang dan kewangan. Beliau pernah menjadi pengamal undang-undang sebelum beralih kepada peguambela korporat.

Beliau pernah menjadi Naib Presiden, Amnesty International Malaysia (AI-M), sebuah cawangan pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa. Beliau juga alumni Friedrich Naumann Foundation.

Minat beliau ialah dalam dasar awam berkaitan percukaian, fiskal dan kewangan, serta isu-isu menglibatkan hak asasi manusia.

Penggerak LEAD

Tarmizi Anuwar

Pengurus Projek dan Operasi

tarmizi@lead.my

Hafizz Dzulkifli

Pengurus Penyelidik

hafizz@lead.my

Rifqah Fadlin

Eksekutif Program

rifqah@lead.my